kraiutara.blogspot.com

Friday, 28 December 2012

SENARAI TELEFON PINTAR 3G YANG DIBERI REBAT RM200


Bagi mereka yang nak tahu telefon pintar 3G apa yang layak diberi rebat RM200, di sini kami sediakan senarai 20 model awal Pakej Komunikasi Belia 1Malaysia Rebat RM200.






Menurut pihak SKMM, berikut merupakan peranti awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat komunikasi akan menawarkan telefon pintar 3G dengan kerjasama pengedar rasmi yang mana akan mempamerkan banner khas pada kedai mereka dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.




Permohonan Rebat RM200 Telefin Pintar 3G Belia 1Malaysia
Senarai Model Telefon Pintar yang bakal diberikan rebat RM200 untuk Pakej Komunikasi Belia 1Malaysia:

  1. Alcatel 993D
  2. Alcatel One Touch Glory 2
  3. Alcatel One Touch Inspire 2
  4. The Buzz Phone
  5. HTC Wildfire
  6. Huawei Ideos X3
  7. LG Optimus L3
  8. Ninetology Black Pearl II
  9. Ninetology Palette
  10. Nokia 2730
  11. Nokia 7230
  12. Nokia Asha 305
  13. Nokia Asha 308
  14. Nokia Asha 311
  15. Nokia C2-03
  16. Nokia Lumia 610
  17. Samsung Galaxy Chat
  18. Samsung Galaxy Mini
  19. Samsung Galaxy Pocket
  20. Samsung Galaxy Y
  21. Sony Xperia Tipo
  22. ZTE Acqua
  23. ZTE V790
Untuk makluman, pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 kelak melalui laman rasmi SKMM di http://nbi.skmm.gov.my/

Nota:

Senarai berkenaan adalah sehingga 26 Disember 2012 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika ada penambahan model lagi.

Sumber

(BERKAITAN)
Pendaftaran rebet telefon pintar 3G mulai Selasa depan

.Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. 
    
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
    
"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.
    
"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.
    
Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.
    
"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.
    
Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
    
Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. 
    
- Bernama

No comments:

Post a Comment